To that someone
Suatu malam dingin yang sejuk, lagu sedih sedang berdendang di telinga si gadis. Dia sepertinya terkenang akan seseorang. Seseorang yang dia merasa berat untuk dilupakan. Hatinya sayu seakan-akan ada bebanan yang sedang bertindih di hatinya. Dia sedih namun airmatanya tidak keluar. Dia merasa agak sukar untuk melepaskan setitis air mata. *Takkan nak dipaksa pulakπ
"Terkenang kisah yang susah untuk diungkapkan. Jika diingat kembali, dia malu dengan dirinya di saat itu. Andai masa boleh diputar, dia ingin memperbaiki apa yang silap. Tapi apakan daya..."
Sudah banyak cara gadis itu ingin melupakan perkara itu. Ada satu masa ianya berhasil namun tidak kekal lama. Apakah ada cara lain lagi? Sedihnya, tiada. Melainkan dari diri si gadis itu sendiri yang berusaha untuk melupakan kisah yang tak berapa nak menarik tapi baginya menarik *hehe
Sepanjang tempoh dia bersedih... Ada satu kata-kata yang terkesan dengan kisahnya iaitu "Meeting you was a nice accident".
Yep~ Gadis itu menghayati kata-kata itu. Yang selama ini dia ingin cuba untuk mendekati seseorang, akhirnya terkabul secara tidak sangka. Anyhow, thanks to that someone.
Akan tetapi perkenalan itu tidak kekal lama, Tuhan hanya memberikan dia peluang yang singkat dan merasa atleast sekali dalam seumur hidup. Terima kasih untuk perasaan itu. Sekurang-kurangnya, si gadis itu tahu bagaimana berhadapan dengan orang sedemikian rupa. Atau mungkin juga Tuhan sedang menguji gadis itu bahawa adakah dia masih ingat dunia atau tidak - sepanjang tempoh perkenalan itu berjalan. Syukurlah, dia masih ingat yang dia berpijak di bumi yang nyata. *hehe cuma...
Bagi gadis itu, ianya merupakan suatu pertemuan yang bodoh² lawak. But it's okay. Kata orang, hidup tak selalunya indah. Di awal-awal sahaja berbunga, di saat akhir, hanya menjadi kenangan yang sedih. *Apapun benda sudah lama berlalu laa huhu
Sambil lagu "Angin Rindu - Rony Parulian" dimainkan.πΆ
Petikan lirik *Part chorus
"Andai saja angin membawa rinduku padamu~"
"Andai saja waktu membawa cepatku padamu~"
Itulah apa yang diharapkan oleh si gadis yang merindui kenangan itu. *Nampaknya tak moveon² si minah ni, adoih, gila tak rindu
Alangkah indahnya, jika orang tersebut turut merindui akan si gadis itu. Oh sedihnya, si gadis itu hanya beranggapan bahawa rindu itu hanya berbalas tanpa budi bicara. Maksudnya, masing-masing rindu tapi taknak bagitahu *ok apa yg ko merepek ni, largh rindu tipu-tipu haha, nampak tak dia berangan tinggi..
Anyhow, aku umpamakan diriku sebagai si gadis itu.
*Ini baru permulaan blog tau, tapi dah mula merepek.
But its okay, just don't know why... Like i don't care!
I think that's all for this time!
π₯π₯π₯

best !!! waiting for next part !
BalasPadamBaik, thanks sudi baca, saya hargai
Padamsedihnyaa, nak lagi sis cerita macamni. Saya akan sentiasa support kiki
BalasPadamBaik sis @mekjaa, tq support kiki
BalasPadam