Kutubkhanah ii

Hey! Kembali lagi saya disini untuk berkongsikan sambungan cerita saya yang tergantung sebelum ini.

" The best way to predict the future is to create it." - Peter Drucker

Baiklah, Diploma Pengurusan Perpustakaan atau nak bagi nama glamour sikit Library Science *cewahh~ Course ini tidaklah begitu trend sangat berbanding pelajar yang ambil course law, business, PR, masscom lah kan... diiktiraf juga cuma tak berapa nak dipandang oleh a few company sangat bila di alam pekerjaan, nak senang faham macam tak berapa nak laku di pasaran  *bagi sayala, faham tak?😭😭 

Momen ketika mendapat tawaran ini sepertinya macam nak - tak nak. Akan tetapi,  i'll go for it memandangkan course itu ja yang menerima saya seadanya, yang lain reject ye maaf syakap tapi result SPM she pun ok apa 5A's 4B's kot tapi entah kenapa she tak layak untuk diterima masuk ke *uni./ insti. tersebut *waktu itu kecewa haha actually impian she nak jadi guru tapi tak kesampaian. 

Ok sewaktu sesi perkuliahan bermula, time covid ya, lockdown teruk. Akibatnya, hampir 2 semester jugalah merasa ODL "Online Distance Leraning" dimana saya hanya memerlukan laptop, telefon pintar dan internet yang stabil ya. Agak sukar jugalah saya untuk membiasakan diri hadap dengan ODL ni.*stress Saya simpulkan antara subjek-subjek yang telah kami belajar adalah berkaitan dengan pengetahuan mengenai maklumat, penggunaan perisian/program komputer, web content, multimedia, pengurusan perpustakaan, semakan artikel, bibliografi, kataloging & klasifikasi, bahan-bahan perpustakaan, coding dan ada beberapa lagi subjek yang berkaitan. Majoriti, memang setiap semester kena review banyak artikel sahaja la ek. Nama pun course library. Semua pun kena baca. *Dia umpama review buku novel. *penat jugaklah nak baca awal sampai akhir 


Kesemuanya itu, saya belajar selama 2 tahun = 4 semester bermula pada tahun 2020 sehingga 2022. Apa yang saya boleh simpulkan, ternyata seronok juga rupanya belajar course ni, dapat pensyarah best, classmate sporting, momen pahit manis semua dirasai. Dengan mempelajari course ini, ianya membentuk saya untuk menjadi seorang yang teliti, sistematik dan mahir dalam perisian komputer. Teliti dalam membaca , sistematik menyusun maklumat, dan boleh mengaplikasi perisian menggunakan komputer. Maksudnya disini, apa yang telah saya pelajari, saya dapat mempraktik dan mengaplikasikan nya di dalam kehidupan seharian mahupun pekerjaan.

Oh, lupa nak bagitahu saya belajar di UiTM Merbok. Seorang gadis Sabahan yang merantau ke Negeri Darul Aman. Ibarat borneo ke utara *laa tiberh  Pengalaman saya merantau ketika itu amat seronok kerana dapat berjumpa dengan kenalan baru. Telah banyak memori yang kami kongsikan bersama. *how i miss my all classmates so bad, love you guys

Selepas berjaya menghabiskan kesemua semester selama 2 tahun diploma, tunggu beberapa bulan, akhirnya batch kami konvokesyen pada November 2023. *tak ingat berapa haribulan 

Episod perjalanan saya untuk menggapai impian yang sebenar masih panjang. Apa yang saya inginkan adalah sebuah kehidupan yang aman dan santai. Terdengar simple, namun agak sukar sebenarnya inginkan kehidupan santai itu kerana setiap manusia akan melalui kekangan. *huhu Benarlah kata orang, semuanya datang dengan usaha dan cekal.


Berbalik di zaman persekolahan saya sebagai pengawas pusat sumber sehinggalah memilih untuk mengambil course Library Science secara tidak dirancangkan, amatlah saya tidak sangka *haha She pulak suka buku.  Until I considered myself as Ladypillar. *konon nya Nampak tak she budak nerdy tapi sekarang tidak lagi ya *lol😭 Dulu amat gemar membaca dan selalu pinjam buku di perpustakaan, sekarang meningkat alam dewasa macam kurang sebab agak sibuk sedikit tapi membaca itu memang ada untuk mengisi masa lapang.


Terima kasih sudi meluangkan masa membaca kisah saya yang tidak berapa nak menarik sangat ini *hehe Selepas ini saya akan kongsikan momen dan pengalaman saya intern di sebuah perpustakaan yang terletak di Sabah.  Nantikan~~~~

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

To that someone

Bunga Cinta