Bunga Cinta


Hi, salam kenal. Saya Bunga Cinta (nama rekaan semata-mata). Berasal dari kepulauan borneo utara. Minat dalam membaca dan menulis. Terdengar bosan akan tetapi bagi saya itu merupakan perkara yang dapat memotivasikan diri dan membolehkan saya berfikir dengan lebih luas sehingga tercetusnya pelbagai idea iaitu dengan membaca.

Tercetusnya keinginan saya untuk memuatnaik blogspot ini disebabkan oleh ada satu kenalan saya di instagram. Tidak terfikir untuk melihat profil beliau dan ternampak pautan blogspotnya yang terpapar di bio. Lalu saya pun tekan pautan tersebut dan terbaca beberapa coretan beliau. Saya begitu terpegun cara beliau berkongsi blog. Dari situ saya juga ingin merasa membuat blog sendiri. Oleh itu, terciptalah blog saya untuk pertama kalinya.
Seronok jugak, kan percuma tu hehe~

Sebagai pemula, saya belum begitu biasa lagi. Tetapi saya akan cuba untuk berjinak-jinak membuat blog untuk perkongsian. Mungkin perkongsian saya ini kadang selamba atau berkait rapat dengan kehidupan saya sehari-hari. *Kot-kot sama?! Haa... 

Mungkin cerita/perkongsian saya tidaklah begitu menarik atau mungkin ada yang ingin tahu hehe~ tidak mengapa...

Apa-apapun, nantikan update terbaru dari saya.

πŸŽ€πŸŽ€πŸŽ€




Ulasan

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

To that someone

Kutubkhanah ii