Kutubkhanah

Siapa disini yang suka akan buku?
Hey, kita sama...

Buku memori yang saya masih ingat, bermula di zaman persekolahan.

Masa tu ada jualan buku2 besar-besaran di sekolah. Perasaan tu best gila, excited sebab kitorang beratur diiringi guru sambil masuk ke dalam dewan dimana buku-buku itu dipamerkan. Siapa ja tak tertarik dengan buku warna-warni, ada saiz besar & kecil, ada tebal & nipis, sentuh ja buku-buku tu terhidu bau buku baru... *Faham tak bau buku baru😭 

Dah excited ni tengok buku-buku, so saya tertarik dengan satu buku cerita ni... Tapi dah lupa lah buku cerita tu, yang saya ingat ianya fiksyen, bahasa cina dan sesuai dengan pembaca umur 7-12 tahun. *Masa tu saya pula darjah 4 haha memang sesuai la.. *fyi, saya disekolahkan di sjkc

Saya baca 2 muka surat terus macam nak beli tapi... Tak ada duit, tak cukup sebab dah beli makanan dekat kantin sekolah. Ok so, penjual tu kata "boleh hold dulu, nanti minta parents duit, esok boleh bayar." *Hahahaha, ok kita kan budak², so ikut je la apa kata penjual tu

Esoknya, saya minta my mom duit nak beli buku tu, tapi dia tak kasi yaaa~ kecewa hati aku. So, cara dia aku nangis dalam kereta, minta kesian. Lah bapak aku pulak memujuk mak aku. End up, my mom kasi duit sebab aku nak sangat buku tu. Entah apa yang membuatkan aku membeli buku cerita itu. Tapi masa itu, saya rasa gembira dapat beli buku cerita.

Hati banyak happy lorh dapat buku baru atas hasil usaha merajuk...

Waktu darjah lima sehingga darjah enam, saya dilantik menjadi pengawas pusat sumber. Oh betapa terujanya saya di atas perlantikan itu. Pengawas pusat sumber tugasnya menyusun buku di pusat sumber. Setiap kali waktu rehat, saya akan pergi ke pusat sumber bersama dengan rakan untuk menyusun buku. Best gila haha sebab boleh diberi kebenaran rehat awal berbanding murid lain.😆

Waktu tingkatan, hmm saya tak terlibat pun menjadi salah seorang ahli perpustakaan sekolah. So, nothing much interesting.

Apabila saya menyambungkan pelajaran saya di menara gading, saya diterima tawaran dalam bidang pengurusan perpustakaan. Sebenarnya, tak ingin pun masuk bidang ni tapi terpaksa. (panjang ceritanya, abaikan)

So, mahu tak mahu. Kena ambil jugaklah intihannya.

*ambil apa nyah😭

Saya ambil diploma dalam Pengurusan Perpustakaan.
Pernah dengar tak course ni?
Sejujurnya, saya pun tak pernah dengar course ini, waktu itu.

So, apa yang menarik dengan course ini? Nantikan sambungan part 2. *Hehe... 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

To that someone

Bunga Cinta

Kutubkhanah ii